Perkahwinan dan Anakanda Tengku_Anis_Binti_Tengku_Abdul_Hamid

Tengku Anis melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968 ketika Baginda berdua berusia 19 tahun. Adat istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Kota Lama. Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri. Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V menjadi Sultan Kelantan setelah suami baginda jatuh gering. Putera kedua dan ketiga baginda ialah Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Mahkota Kelantan) dan Tengku Muhammad Fakhry Petra. Satu-satunya puteri baginda, Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan majistret wanita pertama di Kelantan.

Berkaitan